Contoh Resume Kerja Terbaik 2025 – Mudah, Ringkas & Efektif (Untuk Lepasan SPM)
Baru Lepas SPM? Boleh Je Buat Resume Power
Ramai fikir resume ni untuk orang yang ada degree je. Tapi sebenarnya, kalau kau lepasan SPM pun wajib ada resume — lagi-lagi kalau nak kerja sementara, part-time, full-time atau masuk latihan industri (apprenticeship).
Majikan nak tengok siapa kau, apa kau boleh buat, dan kenapa dia patut ambil kau kerja. Tak perlu pengalaman banyak pun, yang penting tahu susun maklumat diri dengan elok.
Apa Kena Ada Dalam Resume Lepasan SPM?
Berikut antara maklumat wajib yang perlu kau masukkan:
1. Maklumat Diri
-
Nama penuh
-
Nombor telefon
-
Email aktif
-
Alamat (cukup tulis kawasan / daerah)
2. Pendidikan
-
Nama sekolah
-
Tahun SPM
-
Subjek & keputusan (boleh ringkaskan atau highlight subjek penting)
3. Aktiviti / Penglibatan Semasa Sekolah
-
Kelab & persatuan
-
Jawatan (contoh: pengawas, bendahari, AJK)
-
Program / projek sekolah (sukan, kem, pertandingan)
4. Kemahiran
-
Contoh: Microsoft Word, Canva, komunikasi, kerja berkumpulan
-
Soft skills pun penting – macam boleh ikut arahan, berdikari, tepat masa
5. Bahasa
-
Bahasa Melayu – Fasih
-
Bahasa Inggeris – Pertengahan
-
Bahasa lain (jika ada)
Cara Biar Resume Nampak Kemas & Profesional
-
Guna layout simple dan bersih
-
Tulis guna font formal (Arial, Calibri, atau Times New Roman)
-
Guna bullet point, jangan tulis perenggan panjang
-
Simpan sebagai PDF sebelum hantar
-
Pastikan tiada typo atau ejaan salah
-
Tak perlu letak gambar, kecuali majikan minta
Ayat Pengiring Bila Hantar Resume
Kalau kau nak hantar resume melalui email atau WhatsApp, jangan terus attach kosong. Tulis ayat ringkas macam ni:
“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin memohon jawatan sebagai [nama jawatan]. Resume saya dilampirkan untuk rujukan pihak tuan/puan. Terima kasih atas pertimbangan.”
Penutup: Walaupun Baru SPM, Resume Tetap Boleh Power
Ingat, semua orang mula dari bawah. Tak ada pengalaman kerja bukan alasan untuk tak buat resume. Yang penting, kau tunjukkan yang kau bersedia belajar dan boleh diharap.
Resume yang kemas = peluang kerja lebih cerah.
Tak tahu nak mula? Biar kami yang tolong anda buatkan resume anda.
Klik link ni untuk dapatkan bantuan:
https://mylink.la/bantuanek
Kau cuma bagi maklumat, kami susunkan resume kau jadi padu dan siap hantar. Mudah, cepat, dan terus nampak profesional.
Comments
Post a Comment