Posts

Contoh Resume Kerja Terbaik 2025 – Mudah, Ringkas & Efektif (Untuk Lepasan SPM)

  Baru Lepas SPM? Boleh Je Buat Resume Power Ramai fikir resume ni untuk orang yang ada degree je. Tapi sebenarnya, kalau kau lepasan SPM pun wajib ada resume — lagi-lagi kalau nak kerja sementara, part-time, full-time atau masuk latihan industri (apprenticeship). Majikan nak tengok siapa kau, apa kau boleh buat, dan kenapa dia patut ambil kau kerja. Tak perlu pengalaman banyak pun, yang penting tahu susun maklumat diri dengan elok . Apa Kena Ada Dalam Resume Lepasan SPM? Berikut antara maklumat wajib yang perlu kau masukkan: 1. Maklumat Diri Nama penuh Nombor telefon Email aktif Alamat (cukup tulis kawasan / daerah) 2. Pendidikan Nama sekolah Tahun SPM Subjek & keputusan (boleh ringkaskan atau highlight subjek penting) 3. Aktiviti / Penglibatan Semasa Sekolah Kelab & persatuan Jawatan (contoh: pengawas, bendahari, AJK) Program / projek sekolah (sukan, kem, pertandingan) 4. Kemahiran Contoh: Microsoft Word, Canva, komunikasi,...